feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

7 Macam Pahala


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.




Amalan Zikir Harian


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:





Add Image





Terharu Sangat..Syukran Akhi..


Pagi nih... hampir 2 hari kaki ana terseliuh. Kadang-kadang tuh, sakit ya amat.... terutama semalam. Memanglah x tahan sejuk. Bila sejuk, mulalah sakitnya naik, x senang duduk ana di buatnya. Nak duduk x ble.. nak tido x ble... apa yang ana buat semua serba x kena...seharian jugalah dok menahan sakit.. kesian kat ana kan.. tapi nak buat macam mana kan.. semua nih atas dugaan dari Allah SWT kepada semua umat-umatnya yang beriman..AMIN... Tapi nasib baiklah ada seorang INSAN yang berhati mulia dok sedekahkan ana ubat penahan sakit yang di beli dari farmasi. Kesian juga ana kat dia, datang jauh2 semata mata nak hantarkan ana ubat... Terharu juga lah ana di buatnya.. Apapun, syukran ya akhi...kerana sudi membantu ana yang sedang sakit. Ana hargai sangat-sangat. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kaki ana kini kian beransur pulih berbanding dengan semalam. Syukran akhi....Syukran Ya Allah.....



Alexa