feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

My New Pendrive


Pagi nih sibuk sesangat rasanya... lepas settlekan urusan kat UITM Shah Alam td, trus ana pi servis moto....lama gak lah tunggu... bosan pun ada gak rasanya...Lepas selesai semuanya... teragak plak nak pi shopping complex. So ana pun singgahlah kat Subang Parade. Jalan punya jalan, teragak la plak nak beli Pen Drive... bukannya apa.. masuk nih dah 3 kali dok beli pen drive je kerja nya. Mana taknya, pen drive yang sedia ada tuh pun asyik hilang ja kerjanya... Camna tuh, asyik cuai sangat. Macam tu lah jadinya... Ketiadaan pen drive nih susah gak lah ana di buatnya. Terutama bila nak save document yang penting, macam artwork ana ker, assignment ana ker... banyak benda lagi la... Kali nih ana beli yang murah2 ja... brand kingston baru RM 52 untuk 8 GB. Nak tak nak beli juga la, sbb dah terdesak nak guna. bercerita pasal assignment nih... 15 hb Mei nih ana dah pun start semester ana yang baru. Maknanya bertambah bz lah ana di buatnya lepas nih....



Album Kumpulan In-Team


Subhanallah... sedap sungguh lagu-lagu yang ada di dalam album ini. Antaranya :

      • 01 Allahu Rabbi
      • 02 Hamzah Asadullah
      • 03 Hanya Takdir (dedikasi untuk Palestin)
      • 04 Dia Muhammad
      • 05 Kepastian
      • 06 Kemuliaan Al Quran
      • 07 Asy Syafie (duet bersama Ustaz Tahassan)
      • 08 Redha
      • 09 Asma Allah
      • 10 Kasih Sayang (duet bersama Ustaz Asri Rabbani)






Doa' Selepas Makan





Malaikat Allah - Cerita & Lagu Anak Islam






7 Macam Pahala


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.




Amalan Zikir Harian


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:





Add Image





Terharu Sangat..Syukran Akhi..


Pagi nih... hampir 2 hari kaki ana terseliuh. Kadang-kadang tuh, sakit ya amat.... terutama semalam. Memanglah x tahan sejuk. Bila sejuk, mulalah sakitnya naik, x senang duduk ana di buatnya. Nak duduk x ble.. nak tido x ble... apa yang ana buat semua serba x kena...seharian jugalah dok menahan sakit.. kesian kat ana kan.. tapi nak buat macam mana kan.. semua nih atas dugaan dari Allah SWT kepada semua umat-umatnya yang beriman..AMIN... Tapi nasib baiklah ada seorang INSAN yang berhati mulia dok sedekahkan ana ubat penahan sakit yang di beli dari farmasi. Kesian juga ana kat dia, datang jauh2 semata mata nak hantarkan ana ubat... Terharu juga lah ana di buatnya.. Apapun, syukran ya akhi...kerana sudi membantu ana yang sedang sakit. Ana hargai sangat-sangat. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kaki ana kini kian beransur pulih berbanding dengan semalam. Syukran akhi....Syukran Ya Allah.....



Dr Fazley @ PWTC




Kenangan ana bersama Dr Fazley @ pameran buku di PWTC..syukran!






wa.. windu nya ana kat UMMI...


Wa... windunya ana kat UMMI.. gini lah gayanya bila ana windu kat kampung halaman....



Al-Ukhwah Network biz



Assalamualaikum

Kepada semua peniaga muslimin dan muslimah kini ada berita baik untuk kalian di luar sana. Dalam masa yang terdekat ini jika di izin Allah SWT, ana ingin mewujudkan satu program rangkaian pelbagai perniagaan dari golongan di luar sana untuk mempromosikan perniagaan mereka bersama ana di dalam program yang dinamakan "Al-Ukhwah Network dot Biz". Di sini ana ingin mencuba sedaya upaya ana untuk membantu semua peniaga di kalangan muslimin dan muslimah di seluruh Malaysia di samping kita berdakwah bersama-sama, insya'Allah....

Kelebihan program ini :

1. Membuat rangkaian pelbagai jenis perniagaan di kalangan Muslimin dan Muslimah.
2. Mengumarahkan perniagaan yang perbagai jenis yang berkonsepkan islamic network.
3. Sistem khairat dan tabungan sesama ukhwah.
4. Mendapat diskaun di seluruh peniaga yang berdaftar.
5. Boleh berkonsi idea untuk menaikkan lagi taraf hidup peniaga islam.
6. Ukhwah privilage card member yang berkonsepkan zakat.
7. Perbagai lagi kemudahan lain akan di sediakan.

Syukran !



Ikhlas Dariku





Alexa