feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Night At The Museum 2


In addition to Ben Stiller, the cast will be rounded out by many from the original film as well as several new characters from history. The centerpiece of the film will be bringing to life the Smithsonian Institution, which houses the world's largest museum complex with more than 136 million items in its collections, ranging from the plane Amelia Earhart flew on her nonstop solo flight across the Atlantic and Al Capone's rap sheet and mug shot to Dorothy’s ruby red slippers and Archie Bunker’s lounge chair. No major film has ever shot inside the Smithsonian in Washington…until NIGHT AT THE MUSEUM 2: ESCAPE FROM THE SMITHSONIAN.






Berendam Di Ulu Bendul


Wa... bestnya kalau dapat berendam macam adik kita sorang nih kan? Rasanya lama dah x pi Ulu Bendul sejak 1999. Banyak sangat kenangan kat sana....susah ana nak lupakan...biasalah zaman-zaman study dulu, mmg slalu lah lepak sana. Especially lepas habis exam. Saja nak tenangkan fikiran... Macam adik kita sorang nih, dah x ingat dunia dah bila nampak air....hehehehe... nak itut....


Tengok plak adik kita sorang nih plak... macam nak menyelam ke dasar lautan lah plak.. Cayalah... Tapi kalau dapat mengimbau balik kenangan berendam di Ulu Bendul nih... perh syahdunya..... xda sesapa ker yang nak ajak ana pi bersantai macam nih??? Sekali sekala best juga... dapat melarikan diri dari suasana kota yang hingar pingar nih....




Make Over Classes



Promosi Hebat !!! Kini Effa Lin Saloon & Andaman akan mengadakan Kursus Make Over yang akan dianjurkan tidak lama lagi. Di sepanjang kursus Make Over ini di jalankan, anda akan memperolehi kaedah pembelajaran Asas Make-Up yang intensif iaitu : 1. Kaedah Make-Up yang terkini 2. Face 2 Face Training 3. Kaedah Sebelum & Selepas Di sepanjang Kursus ini diadakan, anda akan memperolehi : 1. Makan & Minum sepanjang kursus dijalankan 2. Sijil Tamat Kursus Di Sediakan 3. Photoshoot sebelum dan selepas solekan 4. Tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang salon kecantikan dan andaman 5. Kemudahan yang selesa Di dalam Kursus ini, anda hanya dikenakan *RM 450 sebagai yuran pendaftaran. Tiada sebarang penambahan yuran di kenakan. Tempat adalah terhad bagi *50 orang yang terawal. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi En Isfa di talian 012-336 4144 segera. Tempat dan kediaman boleh diaturkan.



Tampin Trip


Hari pagi2 dah bangun gerak pi Tampin kerana ada Seminar Keusahawanan under MARA daerah. So sampai ja dari pekan Gemas, saja ja la dok naik keretapi dari Gemas-Tampin. Biasalah, saja sbb dah lama x naik keretapi. sekali sekala seronok lah juga...hahaha.....



Nak Lari Mana Eh?


Ana nak lagi gi mana ek ??? Tapi 2-3 hari nih yang pastinya ana xde di Kota Metropolitan nih...Siap dok bawak motor kapcai lagi tuh.... So x leh nak online dan update blog ni la... huhuhu.....Nak tau pi mana? Tunggu........ !!



10 Hadiah Paling Istimewa Untuk Yang Di Kasihi

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi. 9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.






Jom Main Game





Jawatan Kosong


Ana mencari individu yang berkelayakan seperti Freelances / Pekerja Sambilan / Pelajar Universiti yang berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut : 1. Web Programmer 2. Graphic Designer 3. 2D/3D Animator 4. Arabic Translator Sekiranya berminat, sila hantar butiran anda seperti resume, port folio dan gambar berukuran pasport ke tuah_tamingsari@yahoo.com Syukran !




Facebook Music Playlist


Pepagi lagi dah on laptop...dok ngadap facebook ana.... sempat plak dok add playlist music ana dalam facebook tuh.... so sesapa yang berminat dengan muzik ala2 padang pasir nih.. ble add ana punya facebook ana... just search : tuah_tamingsari@yahoo.com. Ni adalah antara lagu yang ana minat








Printer Buat Hal La Plak...


Pagi nih printer buat hal lah plak... ingat nak printout borang dalam net, print punya print, sangkut la plak... apa dah jadi nih?? Lama gak lah ana dok menggodek....


Selepas 2 jam.. ini yang berlaku... habis tangan ana kena dakwat... nak cuci punya lah susah.. camna tuh??


....dan x sangka plak.. ink banyak yang tumpah... dekat separuh habis macam tuh ja..wa rugi nya...





Nasi Lemak Special


Wa.. letihnya hari nih... dari pagi subuh dah bangun tolong kakak ana berniaga di kedainya... Ramai banget costumer pagi nih... naik lenguh2 kaki ana di buatnya sbb dok berdiri layan kerenah costumer yang datang.... tapi alhamdulillah, semua nih rezeki kan... Pagi nih ana sempat bersarapan dengan juadah nasi lemak ja. Nyam..nyam..nyam.... bestnya.. haha.... nak makan lebih2 pun x larat coz badan dah terlampau letih.




Karnival Kerjaya

Huh... semalam letih sangat ana rasa di buatnya... mana x nya, seharian dok berjalan dalam Karnival Kerjaya di PWTC tuh semalam.. Nak update blog pun x sempat sbb terasa letih sangat. Tapi alhamdulillah, ada juga hasilnya. Banyak information yang ana dapat semalam, at least ana dapat juga la memperkembangkan perniagaan ana nih...sambil2 tuh sempat lagi dok taburkan flyers yang ana buat pagi semalam...huhuhu..syukran Ya Allah atas rezeki yang di kurniakan. Ada jugalah jawatan kosong yang berkenan di hati. Antaranya jawatan kosong di Cyberjaya University tuh... kalau dapat best la jugak. Mana x nya, dah mmg dalam bidang ana pun kan. Bila di kenang2 balik, teringan akan kenangan mengajar masa kat Multimedia University dulu... uuhhh best banget !!




Poning Kepalo Den


Wa.... pening banget ana pagi nih... mana x nya, company website x siap2 lagi... nak create idea macam2, ngan template nya lagi...huhuhu.. cian kat ana...kalau ada sesapa yang nak share idea ngan ana tuh bagitau ja la ya...syukran !




Kursus Keusahawanan


Teringat pesan kawan ana yang suruh fill up borang untuk Kursus Keusahawanan yang di anjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada awal Jun 09 nih. Ingat nak pi, saja nak tampah pengetahuan dalam selok belok bisnes nih. X rugi rasanya kalau nak pi. Lagipun, kementerian banyak sediakan kemudahan bagi Usahawan Muda macam ana ni. So take advantage ja la kan? Huhu... Jom pi ramai2...




Timetable Semester May 09


Huh..pepagi lagi dah check LMS...mana x nya, x lama dah nak start semester baru dah. Nasib baik la timetable ana dah kuar pagi nih.. so senang sket nak prepare pi kuliah nanti. Xda lah dok kelam kabut sokmo...hehehe.... Semester nih semua dapat tutor perempuan, x tau la macam mana kerenahnya nanti. Hopefully...ok la... Tapi semester lepas mmg best, cuma pening2 lalat sket la.. sbb banyak subjek teori ja... nasib baik lah dapat Jayyid Jiddan.. kalau x, merana ana dok repeat paper... huhu... Syukran Ya Allah !! So lepas nih just prepare ja duit untuk registration 4 May dan dapatkan modul...




Doa' Memohon Murah Rezeki





Hepi Idul Mihad...MogaAllah Memberkati Usiaku


Syukur Alhamdulillah, maka tika dan saat ini, dengan syukur dan redhaNya, maka genaplah usia ana hari ini ke 30 tahunnya.... Moga usia ana yang kian meningkat ini akan di berkati serta dapat memuhasabah diri dari sifat mazmumah ke mahmudah, insya'Allah.... moga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, dan moga segala impian yang di hajati selama ini termakbul kelak, insya'Allah... harap2 di kurniakan jodoh ana pada muslimah yang solehah, insya'Allah...Syukran Ya Allah...






Selamat Hari Ibu


Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada ummi ana di kampung serta semua ummi yang ada di seluruh dunia...Jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ana.. dunyawi dan ukhrawi..insya'Allah






OUM LMS


Pagi-pagi lagi ana dah check LMS utk semester baru nih yang akan start pada 16 hb nih... x sabar rasanya ana nak pi kuliah... hope semester depan pun ana dapat result yang Flying Colours insya'Allah....




Jawatan Kosong di MAIS


Bila ana dok kusyu' surf net pagi nih... nampak plak iklan jawatan kosong kat MAIS... trus ana print dan isi... bukannya apa, ana nih berhajat sangat kalau dapat kerja ngan mana-mana Jabatan Agama di mana-mana daerah di seluruh pelusuk Malaysia nih.. Entah lah, ana tak tau la nape... so, ana try lah isi form nih, mana lah tau, rezeki ana kan... Tawakkaltu 'Alallah.... Insya'Allah...apa2 pun yang kita lakukan.. kita harus mencuba... Jazakallah... !!




Apo Kono Eh Jang





Huhuhu... bila ana dengar lagu nih... ingat nostalgia dulu2.... sungguh mengharukan.... namun terimalah seadanya...insya'Allah





Beautiful Putrajaya


Semalam ana bz sangat dengan pelbagai urusan. Dari rumah di PJ, trus menuju ke kajang dengan menaiki komuter tepat pukul 10 pagi. Sesampai ja di kajang, abang ana sudah menunggu dan meneruskan perjalanan ana ke bagi. Selesai je, urusan di bangi, trus ke Putrajaya. Di Putrajaya, banyak urusan yang ana dok uruskan di sana. Salah satunya adalah ke Pejabat Imegresen untuk menguruskan passport antarabangsa Ummi dan ana sendiri. Masa tu, letih la sesangat di buatnya. Mana x nya, lama gak lah dok menunggu. Tapi nak buat macam mana kan, dah urusan ana. Selesai ja, trus menuju ke Pejabat Pendaftaran Negara. Di sana, hampir 1 jam juga la....kalau nak cerita dalam blog nih.. satu hari pun x kan habis... huhuhu... lain kali ja la ana sambung....



Wedding Day

Tajuk:


Klik...klik...klik... banyak gak ana ambil gambar untuk majlis nih.. letih gak la. Bukan apa, seharian ana dok hadiri majlis nih.. almaklum lah ana nih "Orang Pangkal" mana x nya, pengantin tuh anak sedara ana sendiri.. so kena tunggu sampai habis majlis la kan.. walaupun penat, tapi seronok gak la...






Majlis Perkahwinan


Sepanjang cuti nih, ana xda apa yang ana buat. Cuma berkesempatan untuk mengunjungi ke Majlis Perkahwinan adik angkat ana di Bandar Baru Raja Alias, Negeri Sembilan. Meriah jugalah majlis yang di raikan. Cuma apa yang ana dapat sampaikan, Selamat Pengantin Baru.... Moga jodoh akan berkekalan hingga akhir hayat dan di harap perhubungan ini akan di berkati, insya'Allah.




Balik Kampung


Wa.. seronoknya ana pagi nih... nak tau kenapa? Ana nak balik kampung woo..... Windu kat Ummi.... Ya Ummi... anakanda mu ingin balik kampung...




Alexa