feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Nasi Lemak Special


Wa.. letihnya hari nih... dari pagi subuh dah bangun tolong kakak ana berniaga di kedainya... Ramai banget costumer pagi nih... naik lenguh2 kaki ana di buatnya sbb dok berdiri layan kerenah costumer yang datang.... tapi alhamdulillah, semua nih rezeki kan... Pagi nih ana sempat bersarapan dengan juadah nasi lemak ja. Nyam..nyam..nyam.... bestnya.. haha.... nak makan lebih2 pun x larat coz badan dah terlampau letih.




Karnival Kerjaya

Huh... semalam letih sangat ana rasa di buatnya... mana x nya, seharian dok berjalan dalam Karnival Kerjaya di PWTC tuh semalam.. Nak update blog pun x sempat sbb terasa letih sangat. Tapi alhamdulillah, ada juga hasilnya. Banyak information yang ana dapat semalam, at least ana dapat juga la memperkembangkan perniagaan ana nih...sambil2 tuh sempat lagi dok taburkan flyers yang ana buat pagi semalam...huhuhu..syukran Ya Allah atas rezeki yang di kurniakan. Ada jugalah jawatan kosong yang berkenan di hati. Antaranya jawatan kosong di Cyberjaya University tuh... kalau dapat best la jugak. Mana x nya, dah mmg dalam bidang ana pun kan. Bila di kenang2 balik, teringan akan kenangan mengajar masa kat Multimedia University dulu... uuhhh best banget !!




Poning Kepalo Den


Wa.... pening banget ana pagi nih... mana x nya, company website x siap2 lagi... nak create idea macam2, ngan template nya lagi...huhuhu.. cian kat ana...kalau ada sesapa yang nak share idea ngan ana tuh bagitau ja la ya...syukran !




Kursus Keusahawanan


Teringat pesan kawan ana yang suruh fill up borang untuk Kursus Keusahawanan yang di anjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada awal Jun 09 nih. Ingat nak pi, saja nak tampah pengetahuan dalam selok belok bisnes nih. X rugi rasanya kalau nak pi. Lagipun, kementerian banyak sediakan kemudahan bagi Usahawan Muda macam ana ni. So take advantage ja la kan? Huhu... Jom pi ramai2...




Timetable Semester May 09


Huh..pepagi lagi dah check LMS...mana x nya, x lama dah nak start semester baru dah. Nasib baik la timetable ana dah kuar pagi nih.. so senang sket nak prepare pi kuliah nanti. Xda lah dok kelam kabut sokmo...hehehe.... Semester nih semua dapat tutor perempuan, x tau la macam mana kerenahnya nanti. Hopefully...ok la... Tapi semester lepas mmg best, cuma pening2 lalat sket la.. sbb banyak subjek teori ja... nasib baik lah dapat Jayyid Jiddan.. kalau x, merana ana dok repeat paper... huhu... Syukran Ya Allah !! So lepas nih just prepare ja duit untuk registration 4 May dan dapatkan modul...




Doa' Memohon Murah Rezeki





Hepi Idul Mihad...MogaAllah Memberkati Usiaku


Syukur Alhamdulillah, maka tika dan saat ini, dengan syukur dan redhaNya, maka genaplah usia ana hari ini ke 30 tahunnya.... Moga usia ana yang kian meningkat ini akan di berkati serta dapat memuhasabah diri dari sifat mazmumah ke mahmudah, insya'Allah.... moga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, dan moga segala impian yang di hajati selama ini termakbul kelak, insya'Allah... harap2 di kurniakan jodoh ana pada muslimah yang solehah, insya'Allah...Syukran Ya Allah...






Selamat Hari Ibu


Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada ummi ana di kampung serta semua ummi yang ada di seluruh dunia...Jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ana.. dunyawi dan ukhrawi..insya'Allah






OUM LMS


Pagi-pagi lagi ana dah check LMS utk semester baru nih yang akan start pada 16 hb nih... x sabar rasanya ana nak pi kuliah... hope semester depan pun ana dapat result yang Flying Colours insya'Allah....




Jawatan Kosong di MAIS


Bila ana dok kusyu' surf net pagi nih... nampak plak iklan jawatan kosong kat MAIS... trus ana print dan isi... bukannya apa, ana nih berhajat sangat kalau dapat kerja ngan mana-mana Jabatan Agama di mana-mana daerah di seluruh pelusuk Malaysia nih.. Entah lah, ana tak tau la nape... so, ana try lah isi form nih, mana lah tau, rezeki ana kan... Tawakkaltu 'Alallah.... Insya'Allah...apa2 pun yang kita lakukan.. kita harus mencuba... Jazakallah... !!




Apo Kono Eh Jang





Huhuhu... bila ana dengar lagu nih... ingat nostalgia dulu2.... sungguh mengharukan.... namun terimalah seadanya...insya'Allah





Beautiful Putrajaya


Semalam ana bz sangat dengan pelbagai urusan. Dari rumah di PJ, trus menuju ke kajang dengan menaiki komuter tepat pukul 10 pagi. Sesampai ja di kajang, abang ana sudah menunggu dan meneruskan perjalanan ana ke bagi. Selesai je, urusan di bangi, trus ke Putrajaya. Di Putrajaya, banyak urusan yang ana dok uruskan di sana. Salah satunya adalah ke Pejabat Imegresen untuk menguruskan passport antarabangsa Ummi dan ana sendiri. Masa tu, letih la sesangat di buatnya. Mana x nya, lama gak lah dok menunggu. Tapi nak buat macam mana kan, dah urusan ana. Selesai ja, trus menuju ke Pejabat Pendaftaran Negara. Di sana, hampir 1 jam juga la....kalau nak cerita dalam blog nih.. satu hari pun x kan habis... huhuhu... lain kali ja la ana sambung....



Wedding Day

Tajuk:


Klik...klik...klik... banyak gak ana ambil gambar untuk majlis nih.. letih gak la. Bukan apa, seharian ana dok hadiri majlis nih.. almaklum lah ana nih "Orang Pangkal" mana x nya, pengantin tuh anak sedara ana sendiri.. so kena tunggu sampai habis majlis la kan.. walaupun penat, tapi seronok gak la...






Majlis Perkahwinan


Sepanjang cuti nih, ana xda apa yang ana buat. Cuma berkesempatan untuk mengunjungi ke Majlis Perkahwinan adik angkat ana di Bandar Baru Raja Alias, Negeri Sembilan. Meriah jugalah majlis yang di raikan. Cuma apa yang ana dapat sampaikan, Selamat Pengantin Baru.... Moga jodoh akan berkekalan hingga akhir hayat dan di harap perhubungan ini akan di berkati, insya'Allah.




Balik Kampung


Wa.. seronoknya ana pagi nih... nak tau kenapa? Ana nak balik kampung woo..... Windu kat Ummi.... Ya Ummi... anakanda mu ingin balik kampung...




My New Pendrive


Pagi nih sibuk sesangat rasanya... lepas settlekan urusan kat UITM Shah Alam td, trus ana pi servis moto....lama gak lah tunggu... bosan pun ada gak rasanya...Lepas selesai semuanya... teragak plak nak pi shopping complex. So ana pun singgahlah kat Subang Parade. Jalan punya jalan, teragak la plak nak beli Pen Drive... bukannya apa.. masuk nih dah 3 kali dok beli pen drive je kerja nya. Mana taknya, pen drive yang sedia ada tuh pun asyik hilang ja kerjanya... Camna tuh, asyik cuai sangat. Macam tu lah jadinya... Ketiadaan pen drive nih susah gak lah ana di buatnya. Terutama bila nak save document yang penting, macam artwork ana ker, assignment ana ker... banyak benda lagi la... Kali nih ana beli yang murah2 ja... brand kingston baru RM 52 untuk 8 GB. Nak tak nak beli juga la, sbb dah terdesak nak guna. bercerita pasal assignment nih... 15 hb Mei nih ana dah pun start semester ana yang baru. Maknanya bertambah bz lah ana di buatnya lepas nih....



Album Kumpulan In-Team


Subhanallah... sedap sungguh lagu-lagu yang ada di dalam album ini. Antaranya :

      • 01 Allahu Rabbi
      • 02 Hamzah Asadullah
      • 03 Hanya Takdir (dedikasi untuk Palestin)
      • 04 Dia Muhammad
      • 05 Kepastian
      • 06 Kemuliaan Al Quran
      • 07 Asy Syafie (duet bersama Ustaz Tahassan)
      • 08 Redha
      • 09 Asma Allah
      • 10 Kasih Sayang (duet bersama Ustaz Asri Rabbani)






Doa' Selepas Makan





Malaikat Allah - Cerita & Lagu Anak Islam






7 Macam Pahala


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.




Alexa